Sepuluh pelajar MMT mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STAM yang diumumkan baru-baru ini apabila mendapat pangkat mumtaz. Lebih membanggakan apabila dua pelajar telah mendapat pangkat mumtaz dalam kesemua subjek yang diambil (10 mumtaz) iaitu saudara Abdullah b. Mohamad dan Muhamad Haziq b. Ariffain.
Jumlah lulus juga meningkat dengan ketara daripada 58.9% pada tahun sebelumnya (STAM 2010) kepada 81% pada tahun ini (STAM 2011). Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru-guru yang terlibat, semoga keputusan ini akan meningkatkan motivasi para calon pada tahun ini untuk terus cemerlang dan menaikkan nama MMT sebagai sebuah sekolah maahad pilihan Yayasan Islam Kelantan.

